Sabtu, 31 Oktober 2015

Joseph Prince - Pastor Singapura Di Persada Dunia

Pastor Joseph Prince (Foto New Creation Church)

Pada 26 Oktober 2014, akhbar The Straits Times telah membuat liputan mengenai Pastor Joseph Prince, Senior Pastor New Creation Church, sebuah mega-church di Singapura. Berikut terjemahan laporan itu;

Adakah Singapura merupakan kediaman kepada pastor kesepuluh paling kaya di dunia?

Pada minggu lepas, New Creation Church telah menolak dakwaan laman hiburan Richest Lifestyle yang berpusat di Amerika Syarikat bahawa pengasas dan senior pastor mereka Joseph Prince menerima gaji $500,000 setahun dan mempunyai hak milik bersih US$5 juta (S$6.4 juta).

Jumaat, 30 Oktober 2015

Konsert "More Than Enough" Dibanjiri Ribuan Penonton

Sidney Mohede di Konsert "More Than Enough" di The Kasablanka, Jakarta (27 Okt 2015)

TRIBUNNEWS.COM, JAKARTA – Konsert Jakarta Praise Community Church (JPCC) Worship (True Worshippers) mendapat sambutan sangat positif.

Konsert yang diadakan di The Kasablanka, Jakarta pada Selasa (27/10) dihadiri oleh hampir 6000 orang.

Rabu, 28 Oktober 2015

City Harvest Mengalami Penurunan Keahlian 25% Sejak 2009

Kebaktian di City Harvest Church, Singapura

Ramai bekas ahli percaya bahawa pengurangan itu mula terjadi apabila siasatan jenayah dilancarkan pada 2010.

Kong Hee Memohon Maaf Kepada Jemaat City Harvest

Kong Hee berucap kepada jemaat City Harvest semasa kebaktian Ahad lalu.

Pastor City Harvest Church, Kong Hee memohon maaf kepada jemaatnya hujung minggu lalu selepas didapati bersalah dalam perbicaraannya atas tuduhan pecah amanah. 

Selasa, 27 Oktober 2015

Siapa itu Sun? Kenapa Sun Ho Gagal Memecah Masuk Pasaran Amerika Syarikat

Pastor yang menjadi penyanyi Ho Yeow Sun, juga dikenali sebagai Sun Ho sedang membuat
persembahan dalam sebuah konsert pada 1 Jun 2006 (Foto dari fail TNP) 

Ho Yeow Sun ingin menjadi bintang pop, dan pada masa yang sama menjadi seorang yang dapat menggunakan statusnya sebagai selebriti untuk mempromosikan gereja yang telah diasaskannya bersama dengan suaminya, Kong Hee. 

Tetapi adakah dia benar-benar memiliki peluang untuk mengecapi kejayaan?

Isnin, 26 Oktober 2015

Kisah William Tyndale - Mati Demi Alkitab Terjemahan Inggerisnya Untuk Rakyat Jelata England

William Tyndale, orang pertama menterjemahkan Alkitab ke dalam
Bahasa Inggeris dari bahasa asal Ibrani dan Yunani

William Tyndale (1494-1536), seorang sarjana dan jurubahasa yang sangat berkebolehan, adalah orang pertama untuk menterjemahkan Alkitab ke dalam Bahasa Inggeris dari bahasa asal Ibrani dan Yunani. Tyndale ingin semua orang di England, dari budak yang membajak ladang sampailah kepada raja, untuk dapat membaca Firman Tuhan dalam bahasanya sendiri. 

Ahad, 25 Oktober 2015

4 Golongan Artikel Yang Saya Muatkan Di Blog


Oleh Si Domba Putih:

Ramai dari kawan-kawan yang membaca blog domba2domba akan tahu bahawa banyak artikel yang terkandung di dalam blog ini adalah artikel terjemahan. Ya memang benar, kebanyakan artikel dalam blog ini adalah terjemahan. Namun begitu, apabila saya duduk dan memikirkannya, sebenarnya ada empat golongan artikel yang biasa saya muatkan di blog ini.

Jumaat, 23 Oktober 2015

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Perbicaraan City Harvest

City Harvest Church di Jurong, Singapura

SINGAPURA - Selepas lebih daripada dua tahun, perbicaraan City Harvest yang berpanjangan telah akhirnya sampai ke penghujung. Peguam di kedua-dua pihak telah menyampaikan hujah terakhir mereka pada hari Selasa.

Inilah apa yang anda perlu tahu mengenai perbicaraan itu:

Khamis, 22 Oktober 2015

Kong Hee: "Kerana Kasih Karunia Tuhan, Tiada Ketakutan Akan Masa Depan"

Pengasas City Harvest Church, Kong Hee dan isterinya Ho Yeow Sun meninggalkan
mahkamah selepas perbicaraan pada 9 September 2013 (Foto AFP/Roslan Rahman)

Pengasas City Harvest Church (CHC), Kong Hee berkata walaupun ini adalah "waktu yang sukar" untuknya dan keluarganya, dia tidak ada "ketakutan" akan masa depan. 

Dalam kenyataan awamnya yang pertama sejak disabit kesalahan semalam (21 Okt) atas tuduhan pecah amanah, Kong meminta gereja itu dalam suatu catitan Facebook untuk "terus berdoa untuk saya dan mereka yang terlibat daam perbicaraan ini, untuk keluarga-keluarga kami, dan terutama untuk jemaat City Harvest Church, yang saya amat kasihi dengan segenap hati."

Kes Pecah Amanah Pastor Dan Pemimpin-Pemimpin Gereja City Harvest - Ulasan Oleh Seorang Pastor Singapura

Pastor Kong Hee, Pastor Senior Gereja City Harvest, Singapura

Petikan di bawah diterjemah daripada catitan Facebook Pastor Barnabas Chong, seorang pastor Gereja Methodist di Singapura:

"Apakah ertinya bagi kita sekarang bahawa kesemua 6 pastor, pemimpin gereja dan kakitangan kanan CHC (City Harvest Church) telah didapati bersalah oleh hakim?

Rabu, 21 Oktober 2015

6 Tokoh Gereja Singapura Didapati Bersalah Kes Pecah Amanah

Kong Hee (kanan) didapati bersalah menggunakan wang gereja untuk memdukung
karier muzik isterinya, Sun Ho (kiri)  -  Gambar AP

Enam tokoh sebuah gereja di Singapura didapati bersalah melakukan penipuan bernilai S$50 juta atau setara dengan RM154 juta.

Hakim pengadilan Singapura memutuskan pastor Gereja City Harvest, Kong Hee, bersalah kerana menggunakan wang gereja sebanyak S$24 juta untuk mendanai karier muzik isterinya, Sun Ho.

Isnin, 19 Oktober 2015

Gereja Berusia 450 Tahun Tiba-Tiba Muncul Dari Air


Kemarau di selatan Mexico telah menyebabkan kejatuhan paras air yang begitu banyak sehingga bangunan lama sebuah gereja abad ke-16 yang telah lama ditinggalkan sekarang kelihatan di atas paras air. 

Alkitab Yang Tercantum Pada Ketulan Besi Ditemukan Di Tapak Runtuhan September 11, WTC - Lihat Apa Tertulis Padanya!


Sebuah Alkitab yang terlebur pada ketulan besi telah ditemukan di tapak World Trade Centre, New York beberapa bulan selepas serangan pengganas pada 11 September 2001 ke atas menara kembar itu. 

Khamis, 15 Oktober 2015

Perjamuan Kudus Di Bulan Yang NASA Tidak Ingin Siarkan

Buzz Aldrin di atas permukaan bulan (Gambar diambil oleh rakannya Neil Armstrong)

45 tahun yang lalu, manusia telah mendarat di bulan.

Sambil Neil Armstrong dan Buzz Aldrin bersedia untuk mengambil "satu langkah yang kecil untuk seorang lelaki," Aldrin ingin memperingati detik itu dengan cara yang dirasakannya paling bermakna - dengan mengambil perjamuan kudus.

Rabu, 14 Oktober 2015

Memperingati Edith Cavell - "Florence Nightingale" Belgium


Dua hari yang lalu, orang-orang di sekeliling dunia telah memperingati ulangtahun ke-100 kematian Edith Cavell, jururawat Inggeris yang telah ditembak mati oleh skuad penembak Jerman semasa Perang Dunia Pertama. Edith Cavell, yang juga dikenali sebagai "Florence Nightingale Belgium" kerana usahanya membangunkan kejururawatan di Belgium, sentiasa memikirkan untuk menyelamatkan nyawa manusia dan akhirnya itulah yang membawa padah atas dirinya...

Selasa, 13 Oktober 2015

Angkasawan Neil Armstrong Menafikan Masuk Islam

Neil Armstrong, manusia pertama untuk menjejak kaki di bulan

Neil Armstrong telah menjadi manusia pertama untuk menjejak kaki di bulan selepas pendaratan kapal angkasa Apollo 11 di bulan pada 1969. Dia telah mengucapkan kata-kata yang terkenal mengenai peristiwa bersejarah itu: "Satu langkah kecil untuk seorang lelaki, satu loncatan besar bagi manusia." 

Pada 1980an, khabar angin yang kuat telah tersebar di Mesir, Malaysia dan Indonesia bahawa Neil Armstrong telah masuk Islam setelah mendengar suara azan di bulan.

Isnin, 12 Oktober 2015

Julita Manik dan Lagu "Indonesia Bagi Kemuliaan-Mu"

Julita Manik, penyanyi dan penulis lagu Indonesia

Kesaksian Julita Manik mengenai dirinya dan lagu "Indonesia Bagi Kemuliaan-Mu" ini telah dipetik dan diterjemah dari profail Julita di blognya (julitamanik.blogspot.com).

Oleh Julita Manik:

Hai... Saya seorang penulis lagu Kristian (dan juga seorang penyanyi), tetapi sebenarnya saya lebih suka dikenali sebagai seorang penyembah. Menamatkan pengajian dari Institut Pangajian Bandung, dengan major dalam Kejuruteraan Industri.

Sabtu, 10 Oktober 2015

Bintang Baru Golf, Jordan Spieth Mengutamakan Yesus

Jordan Spieth bergambar dengan piala kemenangan US Open 2015

Menurut majalah Esquire, Jordan Spieth adalah "juruselamat" baru golf, tetapi dia kemungkinannya akan menjauhkan diri daripada ulasan wartawan yang berlebih-lebihan itu: Dia tahu bahawa hanya ada seorang Juruselamat. 

Jumaat, 9 Oktober 2015

Cop Mohor Kuno Abad Ke-10 Sebelum Masihi Ditemukan Oleh Projek Pencarian Temple Mount

Foto-foto cop mohor yang telah ditemukan oleh Projek Pencarian Temple Mount

Cop mohor batu yang kuno yang diberi tarikh abad ke-10 Sebelum Masihi telah ditemukan dalam tanah yang diambil daripada Temple Mount di Yerusalem, menurut satu siaran berita yang dikeluarkan baru-baru ini oleh Projek Pencarian Temple Mount, yang pada waktu ini sedang menyelidiki tapak itu, Pengarah-pengarah Projek Pencarian Temple Mount, Dr. Gabriel Barkay dan Zachi Dvira meletakkan waktu cop mohor itu pada zaman Daud dan Salomo dalam Alkitab Ibrani.  

Selasa, 6 Oktober 2015

Bapa Yang Kekal (Kisah Di Sebalik Lagu)


Jemaat di gereja kami suka sekali menyanyikan lagu "Bapa Yang Kekal." Lagu ini yang dituliskan oleh Julita Manik, seorang penyanyi dan penulis lagu dari Indonesia, telah menjadi sangat popular dan telah dirakam dalam lebih 40 album (dan masih ada yang meminta untuk dirakam dalam album). Berikut ini adalah kisah di sebalik lagu "Bapa Yang Kekal" yang diceritakan sendiri oleh Julita Manik menerusi blognya;

Sabtu, 3 Oktober 2015

Artikel Paling Popular Bulan Ini (2015)



Pada setiap bulan ada artikel yang menjadi lebih popular daripada artikel-artikel yang lain. Berikut ini ialah senarai artikel paling popular secara bulanan di blog ini (mengikut jumlah pageview). Senarai ini akan dikemaskini pada setiap bulan sepanjang tahun 2015 ini.

Jumaat, 2 Oktober 2015

5 Bahasa Cinta - Rahsia Untuk Cinta Yang Berkekalan



Oleh Gary Chapman:

Selepas 30 tahun sebagai kaunselor pernikahan, saya yakin bahawa ada lima bahasa cinta yang asas - lima cara untuk mengekspresikan kasih secara emosi. Setiap orang memiliki satu bahasa cinta utama yang perlu kita pelajari untuk ungkapkan jika kita ingin orang itu merasa dikasihi.